Taklimat & Penyerahan Flyers MYTV

23 September 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah disertai oleh 12 orang surirumah dan telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Objektif aktiviti ini adalah untuk menyerahkan flyers disamping memberi maklumat kepada komuniti mengenai Myfreeview MyTV. Melalui penyerahan flyers ini komuniti dapat memperoleh maklumat yang tertulis di flyers yang telah diedarkan kemudian berkongsi dengan orang lain dalam kalangan mereka.

Selain itu, ia bertujuan untuk memberi kesedaran awal kepada masyarakat mengenai penutupan siaran TV Analog kepada TV Digital supaya masyarakat bersedia lebih awal untuk menyediakan TV Digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali